Selamat Hari Raya

Wah! Raya dah nak menjelang tiba. Biasanya, yang paling sibuk membuat persiapan raya adalah kaum ibu berbanding kaum bapa. Dari pengamatan aku, kaum bapa ni biasanya akan menjadi....
  1. Bendahari, iaitu hanya menyalurkan sumber kewangan kepada keluarga untuk membeli keperluan raya. (Kopak duit den)
  2. Despatch, iaitu menghantar isteri dan anak-anak shopping baju raya.(Abang nunggu dalam keto jo yo)
  3. Tukang angkat barang, ikut isteri dari satu kedai ke kedai yang lain.
  4. Tukang rasa resepi kuih raya isteri yang baru dicuba. ( jangan pengsan sudah le )
  5. Pengkritik, isteri selalu menanya pandangan suami tentang baju, langsir dan resepi kuih raya. 
  6. Tukang urut, biasalah tu dah lengoh berjalan masuk satu pasaraya ke satu pasaraya yang lain.
Sudah menjadi tradisi bila raya kawan-kawan aku balik raya ke kampung. Ada jauh, ada yang dekat. Kampung aku dekat je, lebih kurang 40km. Bagi kengkawan aku yang balik jauh tu, berhati-hatilah di jalan raya. Anda mampu mengubahnya ( pinjam dari iklan ).
Teringek kengkawan lamo seperti kengkawan sekampung, kengkawan maso sekolah menengah, kengkawan maso kojo kilang kek melako, kengkawan maso kek maktab, kengkawan yang dah pindah maso mengaja dulu. Ando yang masih laie kontek dan ando yang dah menghilang. Tak dapek laie dikosan mano nonggok eh. Walau kek manopun anda berado, salam kemaafan dipinto, agar terhapus segalo doso. Halalkan makan dan minam, kok ando terambik tu halalkanlah. 
Selamat Hari Raya

Read Users' Comments (0)

Sekolah felda dulu dan sekarang

Pengalaman bukan boleh dipinjam atau diambil dari seseorang. Ia adalah sesuatu yang dirasai dan dialami. Kita hanya boleh mendengar dan menjadikan pengalaman orang itu sebagai pedoman dan bahan cerita pada orang lain. Suka atau duka orang yang mengalaminya hanya orang itu sahaja yang rasa.
Baru-baru ini aku ada berborak dengan seorang guru besar dalam luak palong ni. Saja, bercerita pengalaman guru besar yang sudah berumur 50 an itu. Beliau mula mengajar pada tahun 1978 di Felda Kratong Satu. Pada masa tu felda tu baru saja dibuka. Faham-faham je lah, kemudahan pada tahun 70 an amatlah sedikit. Terkejut jugak aku bila beliau menceritakan sekolah pada masa beliau posting tu tiada bangunan. "Biar betul cekgu" kataku. "Mana ada sekolah yang tak ada bangunan" sambungku lagi.
Beliaupun mula bercerita
"Pada mula sampai tu memang tak ada bangunan sekolah langsung. Jadi kami (guru-guru baru posting) bekerjasama dengan peneroka dan pegawai felda menyediakan infrastruktur sekolah dengan menggunakan rumah asal felda sebagai kelas. Satu rumah felda satu kelas. Pejabat satu rumah lain. Jadi banyaklah rumah yang digunakan. Kami robohkan dinding separuh dan cat dinding untuk dijadikan papan hitam."
Hebat pengalaman Guru Besar tu. Aku boleh membayangkan kesulitan yang mereka harus tempuhi untuk menjadikan anak didik mereka supaya berjaya.
Kalau nak ikutkan pengalaman guru felda dulu-dulu memang banyak. Tu belum masuk bab mandi sebab dulu masalah biasa felda ialah air selalu terputus. Ada guru yang buat perigi sendiri bagi menampung keperluan air kat rumah. Pengalaman aku sendiri masalah air. Masa aku bujang dulu duduk rumah bujang 4-5 orang. Aku dulu sekolah dua sessi. Kat rumah pula hanya ada sebuah tempat simpan air. Air biasa terputus pada siang hari dan ada pada waktu malam. Satu hari geng sesi pagi dah habiskan air mandian. Apa lagi geng sebelah petang tak dapat mandi la. Ada seorang kawan aku ni tengok air dah tak ada. Dapat pulak idea nak mandi. Dia ambil penyembur baju untuk seterika baju tu di sembur muka dan tangan kemudian dilapkan. Taa ra, dah mandi. Korang pun satu lah Joe, buat apa dihabiskan air dalam kolah tu. Okeylah tu, kreatif apa?.
Tabik den ngan cekgu lelamo ni ateh semangat dalam perjuangan mereko. Bilo difikir an beruntung maso den sekarang ni sobab kemudahan dah banyak di sedio an. Buek cekgu bebaru ni, konang-konang an lah pengalaman orang lelamo ni supayo kito insap sikit dongan apo yang tolah kito buek. Kok mano yang kughang tu lelobih an sikit. Kok mano yang lobih tu tetambah lai. Halalkan apo yang kito dapek supayo anak-anak kito sok menjadik. InsyaAllah.

Read Users' Comments (0)

Pekso UPSR 2009 datang laie...

UPSR 2009 sedang berlangsung mulai 8 haribulan hingga 10 haribulan september 2009, Inilah ujian yang sangat dinantikan untuk menguji kefahaman dan kemahiran murid setelah berada selama hampir 6 tahun di alam sekolah rendah.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan sama ada anak, adik, anak buah atau cucu kita yang sedang berjuang dalam dewan peperiksaan. Setelah sekian lama berusaha, kita hendaklah bertawakkal dan berdoa semoga Allah memperkenankan doa kita.
UPSR kali ni, den bertugas kek ......................... ( rahsia ) sebagai Ketuo Pengawas. Dibantu oleh duo orang pengawas yang berdidikasi dan bertanggungjawab ( Den dipakso tulih macam ni, ha ha ha ) iaitu Puan Fatimah dan Encik Muhamad Fariz. Tahun ni adalah tahun yang ko 4 sebagai ketuo. Bunyi eh macam dah banyak pengalaman tapi kojo eh ponoh dengan tanggung jawab dan cumo buek setahun sekali. Tahun pertamo dulu comeh yo raso eh, ngalabah yo. Ini agenda negaro ni tak buleh buek memain doh. Tahun ke 4 ni okey lah, tak do ngalabah bona doh, kontrol macho poiek. Yang motan eh prosedur mesti dijalankan dengan boto, barulah kito tak dipersalah an kalau ando masalah. 
Den yang ngaja tahun 6 ni comeh yo memikir an anak murid nak jawab soalan ni. ngaja sains lak tu. sekarang ni sains buleh di kato an subjek killer sobab peratus lulus rendah. 

Read Users' Comments (3)

Bahaso negori sembilan

Esey amek berbosa hati jiko ando sesiapo yang sudi meyumbang an istilah-istilah negori sembilan yang telah lamo tak didonga an laie. Termasuk jugo perbilangan adat perpatih yang sudah hampir pupuih. Sesekali sodap yo nonga perkataan-perkatan lamo tu disobut balik. Pasti ando yang tergolak dan tesengih nonga eh seperti cilait, pesawek, menteneng dan lain-lain. Jangan ontok yo mano orang nak tahu. Sok kok terkinyam bahaso sendiri dah hilang. Kalau bukan orang negori yang hidup an bahaso lamo ni sapo laie yang nak diharap an. Tak ando yang lamo, tak ando yang baru.
Kito buleh berbincang, mungkin sesatu perkataan tu maksud eh tak berapo nak pasti, kito buleh sesamo boto an. Lain daerah kekadang tu lain pulak makno dan penggunaan eh.
Akhir kota HIDUP NEGORI

Read Users' Comments (3)

Pendaftaran UPSR tahun hadapan.


Sebagai setiausaha peperiksaan UPSR sekolah, Ada kerja yang mesti dilakukan sekarang ni iaitu mendaftarkan calon-calon UPSR untuk tahun hadapan 2010. Ya untuk tahun hadapan. Sebelum ini pendaftaran dilakukan pada awal tahun peperiksaan tersebut antara bulan 2 atau 3. Dan pula pendaftaran kali ini adalah secara online. Pada dasarnya mudah tapi nak upload lambatlah pulak. Ni nak cerita sikit bagaimana nak daftar calon UPSR ni.
1. Pergi kat kelas suruh murid bawak surat beranak esok. Kadang-kadang 3 minggu baru dapat
2. Pergi postostat borang pendaftaran mengikut bilangan murid.
3. Masuk semula dalam kelas edarkan borang dan siapkan hari ini jugak. Tolong murid yang tak tahu mengeja mendaftar dalam borang
4. Minta murid pastikan bahawa segala maklumat dalam borang adalah betul. Masih ada yang silap sebab ambil lewa arahan guru.
5. Daftarkan dalam online. Internet lembab, dulu 1/2 jam boleh siap tapi sekarang 2 jam belum tentu dengan paparan masalah teknikal. Arrgh bosan.
Bukan nak mengambil simpati tapi sekadar nak bercerita. Itulah asam garam jadik setiausaha peperiksaan UPSR sekolah. Nak bersungut lagi ke Joe, 4 tahun dah buat kerja ni. Ha ha ha.
Yang penting, kerja mesti disiapkan sebelum tarikh akhir. Bila? 30 September 2009. La lambat lagi.

Read Users' Comments (0)