Majlis Khatam Al-Quran



Assalamu'alaikum dan jumpalagi
Hari ini satu Majlis khatam Quran telah diadakan di sekolah. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah.

Pasukan kompang berarak mengiringi murid yang akan berkhatam Quran. Pasukan ini aku yang latih. Walaupun tak hebat tapi tetap bersemangat. Itu yang kita hendak. Cikgu Wan Ridhuan ngan imam 2.

Aku sedang memberi arahan pada pasukan kompang. HAH, BALUN!!!

Majlis sedang berlangsung

Murid yang khatam menerima cenderamata daripada sekolah
Harapan, semoga majlis-majlis keagamaan seperti ini akan dapat diteruskan bagi memastikan bahawa apa yang kita dapat dahulu akan dapat juga oleh anak-anak kita.

Read Users' Comments (0)

Keluarga Ku

Gambar aku dan keluarga ku

bersama isteri tersayang Puan Noraini bte Shariff

Luqman Al-Hakim (abang) dan Akmal Hafiz (adik)

Fatimah Azzahra


Read Users' Comments (0)

RIMUP

RIMUP ialah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Ia adalah bertujuan mengeratkan kerjasama antara murid-murid berbilang kaum dengan mengadakan program atau pertandingan. Kiranya macam 1 Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita tapi RIMUP ni dah lama diadakan. Program yang dibuat meliputi semua sekolah tak kira SK atau SJK dalam daerah masing-masing.

Latihan tarian kat dewan sekolah. Usaha tangga kejayaan. Alhamdulillah SK Palong 4 Johan bagi pertandingan ini.

Read Users' Comments (0)

Sukan Sekolah

Alhamdulillah, selesai sudah sukan sekolah yang telah diadakan pada 7 dan 8 oktober 2009. Pada 7 Oktober diadakan acara padang iaitu lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan sedikit acara balapan. Manakala 8 oktober pula diadakan acara balapan.

Sempat berposing ngan anak murid walaupun sibuk kontrol budak kat khemah. Perut tu cover sikit joe.


Aksi superman nak landing selepas baru balik dari menentang penyamun tarbus.


Acara lari bawak selipar berganti-ganti.

Read Users' Comments (0)

Cerita raya 2

Rumah terbuka eratkan silaturrahim

Amalan rumah terbuka menjadi satu kemestian dalam bulan syawal ini. Ia dapat mengeratkan persahabatan disamping bersedekah dengan menjamu tetamu yang hadir. Cuma pandai-pandailah memilih makanan untuk kesihatan.

Sambutan hari raya Sek Keb Palong 3. Menghadirkan diri untuk bersama anak-anak yang bersekolah kat sini. Gambar Fatimah ngan ummi dia.


Sambutan hari raya Sek Keb Palong 4. Meriah bebudak ni sebab ada guru yang menyanyi lagu raya


Sambutan hari raya bagi Guru Besar, GPK dan guru-guru tahun 6 Luak Palong. Ini adalah acara tahunan yang diadakan bagi menghargai guru-guru tahun 6 yang telah bertungkus-lumus menyiapkan murid-murid tahun 6 bagi menghadapi UPSR


Read Users' Comments (0)

Cerita raya 1

Lamo tul tak update blog ni. Sibok bona. Macam macam program nak turut serta.

Gambar anak buah dan cucu. Dah jadik atuk rupo eh den ni. ado 2 orang cucu.

Tengah sibuk buat persiapan kenduri keluarga dan BBQ. Gambar bang alang, achek, andah, angah dan atam.

Kak andah, Duan (anak buah) dan kak ngah.

Ado karaoke pulak malam tu. Hafiz (anak aku) tengah melayan pak chek dio berkaraoke men'sumbang'kan lagu.

Read Users' Comments (0)