Aku dan kenangan (maktab) 2
Selasa, November 03, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Ni den masuk an laie perkombangan den kek maktab dulu.
Aku dan kenangan (maktab) 1
Isnin, November 02, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Entah kenapo den raso nak nengok gambar-gambar lelamo. Lalu den pun selak album maktab. Banyak kenangan maso maktab. Meriah ngan kengkawan. Macam-macam peel.
Majlis Khatam Al-Quran
Jumaat, Oktober 30, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Assalamu'alaikum dan jumpalagi
Hari ini satu Majlis khatam Quran telah diadakan di sekolah. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah.
RIMUP
Khamis, Oktober 29, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Sukan Sekolah
Khamis, Oktober 29, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Cerita raya 2
Khamis, Oktober 29, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Amalan rumah terbuka menjadi satu kemestian dalam bulan syawal ini. Ia dapat mengeratkan persahabatan disamping bersedekah dengan menjamu tetamu yang hadir. Cuma pandai-pandailah memilih makanan untuk kesihatan.
Cerita raya 1
Isnin, Oktober 12, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Gambar anak buah dan cucu. Dah jadik atuk rupo eh den ni. ado 2 orang cucu.
Tengah sibuk buat persiapan kenduri keluarga dan BBQ. Gambar bang alang, achek, andah, angah dan atam.
Kak andah, Duan (anak buah) dan kak ngah.
Ado karaoke pulak malam tu. Hafiz (anak aku) tengah melayan pak chek dio berkaraoke men'sumbang'kan lagu.
Selamat Hari Raya
Rabu, September 16, 2009 | Posted by Johari bin Osman
- Bendahari, iaitu hanya menyalurkan sumber kewangan kepada keluarga untuk membeli keperluan raya. (Kopak duit den)
- Despatch, iaitu menghantar isteri dan anak-anak shopping baju raya.(Abang nunggu dalam keto jo yo)
- Tukang angkat barang, ikut isteri dari satu kedai ke kedai yang lain.
- Tukang rasa resepi kuih raya isteri yang baru dicuba. ( jangan pengsan sudah le )
- Pengkritik, isteri selalu menanya pandangan suami tentang baju, langsir dan resepi kuih raya.
- Tukang urut, biasalah tu dah lengoh berjalan masuk satu pasaraya ke satu pasaraya yang lain.
Selamat Hari Raya
Sekolah felda dulu dan sekarang
Sabtu, September 12, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Baru-baru ini aku ada berborak dengan seorang guru besar dalam luak palong ni. Saja, bercerita pengalaman guru besar yang sudah berumur 50 an itu. Beliau mula mengajar pada tahun 1978 di Felda Kratong Satu. Pada masa tu felda tu baru saja dibuka. Faham-faham je lah, kemudahan pada tahun 70 an amatlah sedikit. Terkejut jugak aku bila beliau menceritakan sekolah pada masa beliau posting tu tiada bangunan. "Biar betul cekgu" kataku. "Mana ada sekolah yang tak ada bangunan" sambungku lagi.
Beliaupun mula bercerita
"Pada mula sampai tu memang tak ada bangunan sekolah langsung. Jadi kami (guru-guru baru posting) bekerjasama dengan peneroka dan pegawai felda menyediakan infrastruktur sekolah dengan menggunakan rumah asal felda sebagai kelas. Satu rumah felda satu kelas. Pejabat satu rumah lain. Jadi banyaklah rumah yang digunakan. Kami robohkan dinding separuh dan cat dinding untuk dijadikan papan hitam."
Hebat pengalaman Guru Besar tu. Aku boleh membayangkan kesulitan yang mereka harus tempuhi untuk menjadikan anak didik mereka supaya berjaya.
Kalau nak ikutkan pengalaman guru felda dulu-dulu memang banyak. Tu belum masuk bab mandi sebab dulu masalah biasa felda ialah air selalu terputus. Ada guru yang buat perigi sendiri bagi menampung keperluan air kat rumah. Pengalaman aku sendiri masalah air. Masa aku bujang dulu duduk rumah bujang 4-5 orang. Aku dulu sekolah dua sessi. Kat rumah pula hanya ada sebuah tempat simpan air. Air biasa terputus pada siang hari dan ada pada waktu malam. Satu hari geng sesi pagi dah habiskan air mandian. Apa lagi geng sebelah petang tak dapat mandi la. Ada seorang kawan aku ni tengok air dah tak ada. Dapat pulak idea nak mandi. Dia ambil penyembur baju untuk seterika baju tu di sembur muka dan tangan kemudian dilapkan. Taa ra, dah mandi. Korang pun satu lah Joe, buat apa dihabiskan air dalam kolah tu. Okeylah tu, kreatif apa?.
Tabik den ngan cekgu lelamo ni ateh semangat dalam perjuangan mereko. Bilo difikir an beruntung maso den sekarang ni sobab kemudahan dah banyak di sedio an. Buek cekgu bebaru ni, konang-konang an lah pengalaman orang lelamo ni supayo kito insap sikit dongan apo yang tolah kito buek. Kok mano yang kughang tu lelobih an sikit. Kok mano yang lobih tu tetambah lai. Halalkan apo yang kito dapek supayo anak-anak kito sok menjadik. InsyaAllah.
Pekso UPSR 2009 datang laie...
Rabu, September 09, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan sama ada anak, adik, anak buah atau cucu kita yang sedang berjuang dalam dewan peperiksaan. Setelah sekian lama berusaha, kita hendaklah bertawakkal dan berdoa semoga Allah memperkenankan doa kita.
UPSR kali ni, den bertugas kek ......................... ( rahsia ) sebagai Ketuo Pengawas. Dibantu oleh duo orang pengawas yang berdidikasi dan bertanggungjawab ( Den dipakso tulih macam ni, ha ha ha ) iaitu Puan Fatimah dan Encik Muhamad Fariz. Tahun ni adalah tahun yang ko 4 sebagai ketuo. Bunyi eh macam dah banyak pengalaman tapi kojo eh ponoh dengan tanggung jawab dan cumo buek setahun sekali. Tahun pertamo dulu comeh yo raso eh, ngalabah yo. Ini agenda negaro ni tak buleh buek memain doh. Tahun ke 4 ni okey lah, tak do ngalabah bona doh, kontrol macho poiek. Yang motan eh prosedur mesti dijalankan dengan boto, barulah kito tak dipersalah an kalau ando masalah.
Den yang ngaja tahun 6 ni comeh yo memikir an anak murid nak jawab soalan ni. ngaja sains lak tu. sekarang ni sains buleh di kato an subjek killer sobab peratus lulus rendah.
Bahaso negori sembilan
Isnin, September 07, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Pendaftaran UPSR tahun hadapan.
Sabtu, September 05, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Sebagai setiausaha peperiksaan UPSR sekolah, Ada kerja yang mesti dilakukan sekarang ni iaitu mendaftarkan calon-calon UPSR untuk tahun hadapan 2010. Ya untuk tahun hadapan. Sebelum ini pendaftaran dilakukan pada awal tahun peperiksaan tersebut antara bulan 2 atau 3. Dan pula pendaftaran kali ini adalah secara online. Pada dasarnya mudah tapi nak upload lambatlah pulak. Ni nak cerita sikit bagaimana nak daftar calon UPSR ni.
Kelas Tambahan
Selasa, Ogos 25, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Cuti-cuti dalam bulan puasa ni kelas tambahan tetap diteruskan. Manalah tahu dengan keberkatan bulan ramadhan ni sedikit sebanyak dapat jugak masuk dalam kepala otak bebudak ni. Alhamdulillah kedatangan memuaskan walaupun nampak letih je kat muka dia orang. Seminggu cuti, seminggulah ada kat sekolah. Buat tuisyen untuk budak tahun 4 sekali. Tah yo tah tidak poso bebudak ni, muko betenago yo
Biodata diri
Selasa, Ogos 18, 2009 | Posted by Johari bin Osman
Puasa lagi
Selasa, Ogos 18, 2009 | Posted by Johari bin Osman