Aku anak Felda dan Felda bukanlah asing bagiku. Namun mengajar di Felda adalah satu bentuk cabaran yang harusku harungi sebagai insan bernama guru. Hakikatnya, ingin membentuk generasi akan datang, usaha yang gigih dan azam yang kuat membentuk jati diri.
Blog ini direka sebagai memenuhi impian untuk turut serta dalam kemajuan teknologi maklumat. Janganlah disalah anggap tentang isi kandungan yang terdapat di dalamnya. Jika terdapat pandangan atau kritikan, bolehlah memberi komen agar kita dapat berkongsi maklumat dan bertukar fikiran supaya mematangkan lagi fikiran kita. InsyaAllah.
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan kita sering dihidangkan dengan pengalaman suka dan duka silih berganti sama ada ia dirancang ataupun sebaliknya. Ada kalanya kita merasakan dunia ketawa bersama dunia dan ada kalanya kita merasakan dunia mentertawakan kita.
Mengenali manusia disekeliling kita dengan pelbagai ragam dan kelakuan mengikut pengalaman dan ilmu yang diamalkan mereka. Dengan amalan ilmu terutamanya ilmu agama dapatlah kita mengenal kawan, sahabat, lawan atau musuh.
Kita pasti pernah mengalami suka dan duka, gembira dan kecewa, rajin dan malas, pujian dan cacian, sanjungan dan hentaman, sokongan dan kritikan.
Namun, akuilah .... kita adalah kita, itulah kita. Walau seberat manapun bebanan yang kita harungi, kehidupan perlu diteruskan. Hanya keredhaan ALLAH yang menjadi keutamaan.
Anak jati Felda Bukit Jalor, Gemencheh, Negeri Sembilan ini sekarang mengajar di SK Palong 4 (F), Gemas, Negeri Sembilan. Dilahirkan di Hospital Daerah Tampin pada waktu subuh 1 haribulan Februari 1974. Mendapat didikan
1. SK Bukit Jalor (1981-1986)
2. SM Agama Rendah Gemas (1987-1989)
3. SM Agama Ulu Gadong (1990-1991)
4. SM Agama Ampangan (1992-1993)
5. Maktab Perguruan Raja Melewar (1995-1997)
6. Universiti Terbuka Malaysia (2003-2007)
0 Response to "Puasa lagi"
Catat Ulasan