Sekolah felda dulu dan sekarang

Pengalaman bukan boleh dipinjam atau diambil dari seseorang. Ia adalah sesuatu yang dirasai dan dialami. Kita hanya boleh mendengar dan menjadikan pengalaman orang itu sebagai pedoman dan bahan cerita pada orang lain. Suka atau duka orang yang mengalaminya hanya orang itu sahaja yang rasa.
Baru-baru ini aku ada berborak dengan seorang guru besar dalam luak palong ni. Saja, bercerita pengalaman guru besar yang sudah berumur 50 an itu. Beliau mula mengajar pada tahun 1978 di Felda Kratong Satu. Pada masa tu felda tu baru saja dibuka. Faham-faham je lah, kemudahan pada tahun 70 an amatlah sedikit. Terkejut jugak aku bila beliau menceritakan sekolah pada masa beliau posting tu tiada bangunan. "Biar betul cekgu" kataku. "Mana ada sekolah yang tak ada bangunan" sambungku lagi.
Beliaupun mula bercerita
"Pada mula sampai tu memang tak ada bangunan sekolah langsung. Jadi kami (guru-guru baru posting) bekerjasama dengan peneroka dan pegawai felda menyediakan infrastruktur sekolah dengan menggunakan rumah asal felda sebagai kelas. Satu rumah felda satu kelas. Pejabat satu rumah lain. Jadi banyaklah rumah yang digunakan. Kami robohkan dinding separuh dan cat dinding untuk dijadikan papan hitam."
Hebat pengalaman Guru Besar tu. Aku boleh membayangkan kesulitan yang mereka harus tempuhi untuk menjadikan anak didik mereka supaya berjaya.
Kalau nak ikutkan pengalaman guru felda dulu-dulu memang banyak. Tu belum masuk bab mandi sebab dulu masalah biasa felda ialah air selalu terputus. Ada guru yang buat perigi sendiri bagi menampung keperluan air kat rumah. Pengalaman aku sendiri masalah air. Masa aku bujang dulu duduk rumah bujang 4-5 orang. Aku dulu sekolah dua sessi. Kat rumah pula hanya ada sebuah tempat simpan air. Air biasa terputus pada siang hari dan ada pada waktu malam. Satu hari geng sesi pagi dah habiskan air mandian. Apa lagi geng sebelah petang tak dapat mandi la. Ada seorang kawan aku ni tengok air dah tak ada. Dapat pulak idea nak mandi. Dia ambil penyembur baju untuk seterika baju tu di sembur muka dan tangan kemudian dilapkan. Taa ra, dah mandi. Korang pun satu lah Joe, buat apa dihabiskan air dalam kolah tu. Okeylah tu, kreatif apa?.
Tabik den ngan cekgu lelamo ni ateh semangat dalam perjuangan mereko. Bilo difikir an beruntung maso den sekarang ni sobab kemudahan dah banyak di sedio an. Buek cekgu bebaru ni, konang-konang an lah pengalaman orang lelamo ni supayo kito insap sikit dongan apo yang tolah kito buek. Kok mano yang kughang tu lelobih an sikit. Kok mano yang lobih tu tetambah lai. Halalkan apo yang kito dapek supayo anak-anak kito sok menjadik. InsyaAllah.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Sekolah felda dulu dan sekarang"